PAUSE HERE

Thursday, January 3, 2019

Musafir 18: Hari Gradusai




الحمدلله الذي بحمده تتم الصالحات

Ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang berada di Malaysia, ibu angkat dan ayah angkat saya yang sanggup datang ke Jordan untuk sama-sama di hari konvokesyen yang sangat seronok pada hari ini, adik-beradik dan seluruh ahli keluarga yang saya sayangi.

Ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua tenaga pendidik dan yang telah banyak menyampaikan ilmu kepada saya bermula ibu bapa, ibu bapa angkat saya, guru-guru di SK Sungai Jernih, SMI Darul Ta'lim, Maahad Tahfiz Darul Fuqaha' , serta para doktor kuliah syariah yang saya sangat cintai dan rindui.

Seterusnya ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak MAIPK, Sekolah Maahad Tahfiz Darul Fuqaha, emak dan ayah angkat saya, Ustazah Anili ( Umi ), Ust Khairuddin At-takiri ( Abi ), Maknik, Umi Safiah, Unlce Kamarul, Cikgu Muhaini, kawan-kawan ayah, serta semua pihak yang banyak bagi support secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang saya menuntut ilmu di tanah Urdun ini.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat serta semua kenalan yang mendoakan saya. Ini hanyalah satu permulaan, jauh lagi perjalanan dalam kembara sebagai hamba Tuhan. Semoga ilmu yang dipelajari di sini dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian serta bermanfaat kepada diri dan juga orang lain, InsyaAllah.

Officially graduated,
Muhammad Nizar Bin Ishak,
Ijazah Sarjana Muda Syariah ( Feqh & Usul Feqh )
8/7/2017



 Gambar-gambar suasana ketika hari graduasi 










Musafir 1: Kembara Ilmu Ke Jordan

Kembara ilmu saya ke Jordan bermula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) pada akhir tahun 2011.Kemudian, saya telah di...