الحمدلله الذي بحمده تتم الصالحات
Ucapan
berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang berada di
Malaysia, ibu angkat dan ayah angkat saya yang sanggup datang ke Jordan untuk
sama-sama di hari konvokesyen yang sangat seronok pada hari ini, adik-beradik
dan seluruh ahli keluarga yang saya sayangi.
Ucapan
berbanyak-banyak terima kasih kepada semua tenaga pendidik dan yang telah
banyak menyampaikan ilmu kepada saya bermula ibu bapa, ibu bapa angkat saya,
guru-guru di SK Sungai Jernih, SMI Darul Ta'lim, Maahad Tahfiz Darul
Fuqaha' , serta para doktor kuliah syariah yang saya sangat cintai dan rindui.
Seterusnya ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak
MAIPK, Sekolah Maahad Tahfiz Darul Fuqaha, emak dan ayah angkat saya, Ustazah
Anili ( Umi ), Ust Khairuddin At-takiri ( Abi ), Maknik, Umi Safiah, Unlce
Kamarul, Cikgu Muhaini, kawan-kawan ayah, serta semua pihak yang banyak bagi
support secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang saya menuntut ilmu di
tanah Urdun ini.
Terima kasih kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat serta semua
kenalan yang mendoakan saya. Ini hanyalah satu permulaan, jauh lagi perjalanan
dalam kembara sebagai hamba Tuhan. Semoga ilmu yang dipelajari di sini dapat
diamalkan di dalam kehidupan seharian serta bermanfaat kepada diri dan juga
orang lain, InsyaAllah.
Officially graduated,
Muhammad
Nizar Bin Ishak,
Ijazah
Sarjana Muda Syariah ( Feqh & Usul Feqh )
8/7/2017
Gambar-gambar
suasana ketika hari graduasi
No comments:
Post a Comment