Perjalanan
ke Irbid dengan menaiki coaster. Sepanjang perjalanan, saya dan kawan-kawan
telah diberi taklimat berkenaan keselamatan oleh senior yang menyambut kami
iaitu abang hafiz atau dikenali sebagai "Abe". Setelah sampai di
Irbid, saya dan kawan-kawan tinggal di rumah transit sementara memasuki rumah
baru. Di rumah transit, saya dan kawan-kawan lain dibahagikan mentor SPB yang
terdiri oleh para senior. Antara fungsi mentor ialah membantu pelajar-pelajar
baru untuk sebarang urusan bagi permulaan kehidupan di Jordan ini. Mentor
saya ketika itu ialah abang Faris Murthada.
Selang
beberapa hari, Alhamdulillah saya dan kawan-kawan ditempatkan di rumah baru.
Rumah pertama yang saya duduki ketika berada di Jordan ialah bangunan Abu
Muhammad berhampiran Supermarket Simsimah. Saya berada di tingkat 4 dan di
tingkat 4 bangunan Abu Muhammad, ia mempunyai bilik yang banyak dan hanya
sesuai diuduki oleh dua orang. Ketika pembahagian ahli-ahli rumah, saya
dipertemukan insan yang baik hati iaitu Alif Afifi. Saya tinggal bersama
beliau di rumah baru tersebut dan kami telah mengakad dengan sohib rumah untuk
tinggal selama setahun dengan bayaran sewa rumah sebanyak 80 JD sebulan. Jika
tinggal dua orang, maka sewa rumah perlu dibayar oleh setiap orang
sebanyak 40 JD sebulan. Bagi saya sangat mahal juga sewa di tingkat 4 bangunan
Abu Muhammad ini kerana bayarannya tidak setimpal dengan keadaan rumah yang
ditawarkan. Biliknya kecil dan mempunyai sedikit ruang dapur dan mempunyai satu
tandas. Kedudukan rumah ini juga mengambil masa hampir 10 minit untuk ke
masjid. Alhamdulillah saya tinggal di rumah ini hampir setahun pada tahun
pertama pengajian.
Tahun kedua pengajian bersamaan
tahun 2013, saya telah berpindah bersama 5 orang kawan-kawan saya ke rumah di
bangunan Aqsa 1. Rumah yang kami duduki ini merupakan rumah senior
pelajar-pelajar adab yang merupakan antara yang terkenal dan legend di bumi
irbid. Senior yang kami duduki rumah mereka ialah Ustaz Radhi, Ustaz
Naqiyuddin dan lain-lain. Rumah mereka dikenali sebagai "bayt
bujang".Di tahun kedua ini saya duduki dengan ahli-ahli rumah yang lama
dan juga berlaku pertambahan ahli-ahli rumah yang baru. Ahli-ahli rumah saya
ketika itu ialah Alif Afifi,Najmi Aziman, Aiman Yusof, Ameer Syazwan, dan
Salman Bukhari. Di rumah ini nampak selesa sedikit dengan mempunya 4 bilik,
satu ruang dapur, satu ruang tamu dan mempunyai 2 bilik air. Bayaran sewa rumah
ini tidaklah mahal sangat dengan harga bayaran sewa sebanyak 200 JD sebulan.
Kedudukan rumah di Aqsa 1 juga
tidak jauh daripada masjid. Di bangunan ini juga didiami oleh ramai
pelajar melayu yang legend sehinggalah sekarang saya tinggal di bangunan
Aqsa 1 dan tinggal bersama ahli-ahli rumah mengajar saya banyak perkara. Kami
menamakan rumah kami iaitu " casa mohabbat ".Moga -moga pemilihan
nama ini mengeratkan kasih sayang antara sesama ahli-ahli rumah kami. Di rumah
ini kami membuat pembahagian bagi tugasan memasak dan saya telah ditugaskan
untuk memasak pada hari ahad. Memandangkan kami mempunyai 6 orang, maka setiap
hari pasti ada yang akan memasak kecuali pada hari jumaat sahaja sebagai hari
cuti. Kadang-kadang kami membuat perjumpaan sesama ahli-ahli rumah atau
dikenali sebagai usrah bagi membincangkan hal ehwal rumah di samping untuk
kenal mengenal antara satu sama lain.
Bagi bayaran kewangan untuk
rumah,setiap orang daripada kami perlu membayar sewa rumah berdasarkan jumlah
sewa rumah yang telah ditetapkan. Sewa rumah sebanyak 200 JD sebulan dan
dibahagikan berdasarkan bilangan ahli-ahli rumah yang tinggal berama kami. Di
samping itu setiap daripada kami juga perlu membayar duit rumah sebanyak 30 JD
sebulan untuk pembelian barang-barang dapur, bayaran bil air dan elektrik di
samping bayaran duit sebanyak 6/7 JD untuk bayaran bil elektrik.
Antara perkara istimewa yang saya
rasa sepanjang tinggal bersama ahli-ahli rumah saya yang lain di " casa
mohabbat" ialah kami dapat tinggal bersama walaupun kami berbeza cara
fikir, sikap, karakter dan lain-lain. Setiap daripada kami mempunyai
kawan-kawan tersendiri yang sentiasa hadir dan memeriahkan rumah kami.
Kadang-kadang bilik saya penuh dengan kawan-kawan saya dan kadang-kadang bilik
ahli-ahli rumah saya yang lain penuh dengan kawan-kawan mereka. Di sini saya
dapat mengenal insan-insan lain khususnya dalam batch saya sendiri. Walaupun
saya tinggal bersama ahli-ahli rumah yang pelbagai perbezaan, namun kami boleh
melakukan aktiviti-aktiviti bersama sesama ahli-ahli rumah. Antaranya
kami kemas rumah sama-sama,makan di luar bersama, sambut birthday, buat jualan
bersama dan juga aktiviti-aktiviti lain. Rumah kami juga pernah membuka jualan
nasi minyak dan jualan laksa kepada ahli-ahli Permai. Di samping kami belajar
mencari duit, ia juga sebagai salah satu untuk merapatkan ukhuwwah sesama
ahli-ahli rumah saya dan saya rasa seronok dengan suasana begini.
Setiap ahli-ahli rumah saya mempunyai
kelebihannya tersendiri. Ada yang pandai masak, hebat bermain bola, suka
bantu-membantu, aktif mengajar kawan-kawan lain dalam pelajaran dan banyak
lagi. Dalam diam, saya juga belajar dan mengambil kebaikan daripada mereka
untuk dipratikkan dalam kehidupan saya. Sepanjang saya tinggal di " Casa
Mohabbat" ini juga terdapat beberapa pertukaran ahli-ahli rumah dan ada
ahli-ahli rumah saya berpindah ke rumah lain disebabkan komitmen dan
sebab-sebab tertentu. Namun, perpindahan mereka diganti dengan kemasukan
ahli-ahli rumah yang baru sehingga kini, bilangan ahli-ahli rumah saya
seramai 6 orang termasuk saya. Alhamdulillah,secara keseluuhannya saya berasa
seronok tinggal bersama ahli-ahli rumah saya.
Suatu saat, kami semua bakal pulang ke tanah air
setelah tamat pengajian di Jordan ini. Saat ini, seramai dua orang ahli-ahli
rumah saya telah khirij dan seorang telah pulang. Dua orang bakal tamat
pengajian pada semester soifi dan tinggal saya, Wirdan dan Salman akan tamat
pengajian pada semester awal tahun 2017. Insyalah.kesempatan ini, saya ingin
memohon beribu kemaafan sepanjang menjadi ahli rumah kepada Alif Afifi, Najmi
Aziman, Aiman Yusof, Ameer Syazwan,Wirdan, Nabil, Fadli, dan juga Salman
Bukhari. Pohon maaf jika ada hak-hak sebagai ahli rumah saya tidak tunaikan
dengan sebaiknya dan mohon halal apa yang saya telah ambil, makan minum dan
apa-apa yang berkaitan. Terima kasih atas segala kebaikan-kebaikan yang
dilakukan oleh ahli-ahli rumah saya kepada saya. Saya doakan semoga ukhuwwah
kami sehingga akhir hayat meskipun nanti kami pasti akan berpisah dan mempunyai
lebih banyak tanggungjawab selepas ini. Semoga kita dapat berkumpul lagi di
lain hari. Jika tidak di dunia, moga-moga kita dapat berkumpul lagi di
syurgaNYA. InsyaAllah. :)
No comments:
Post a Comment