Alhamdulillah, Allah masih lagi
memberiku peluang untuk melihat muka bumiNYA yang sangat luas untuk kehidupan
makhluk-makhlukNYA. Disana terdapat banyak kesan sejarah kehidupan manusia pada
zaman dahulu yang boleh kita terokai dan mengambil ibrah daripadanya.
Alhamdulillah, sepanjang hampir 5 tahun menuntut ilmu di bumi Jordan, saya
diberi peluang untuk menziarahi dan melawati tempat-tempat bersejarah yang
terdapat di bumi Jordan sebanyak lebih 3 kali. Ada juga yang saya pergi melawat
bersama kawan-kawan. Pada waktu yang lain, ada juga saya menjadi driver
dan pemandu pelancong untuk membawa tetamu-tetamu yang datang dari Malaysia dengan
membawa mereka melawati tempat-tempat bersejarah di bumi Jordan. Bumi Jordan
merupakan salah satu bumi anbiya' yang terdapat di rantau arab ini. Di dalamnya
tersimpan seribu khazanah-khazanah dan artifak-artifak serta kesan-kesan
sejarah umat terdahulu untuk ditatapi generasi sekarang dan akan datang agar
kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.
Bumi Jordan menyaksikan kisah kaum Nabi Luth yang diterbalikkan bumi oleh Allah kerana kekufuran mereka terhadap pesuruh Allah yang kini kita boleh tatapi di laut mati. Bumi Jordan juga memperlihatkan kepada kita kisah Ashabul Kahfi yang merupakan kisah yang menunjukkan keberanian sekumpulan pemuda yang berani mengatakan benar di hadapan pemimpin yang zalim yang hidup ketika itu. Bumi ini juga menyaksikan tersimpannya atau bersemadinya jasad-jasad para sahabat Nabi SAW yang berjuang kerana Allah dalam menegakkan Islam. Keberanian dan keikhlasan mereka patut dihayati oleh generasi pemuda Islam pada hari ini. Antaranya ialah terdapat maqam panglima Abu Ubaidah al-Jarrah, Amir Bin Abi Waqas, Muaz Bin Jabal. Panglima ketika perang Mu'tah iaitu Zaid Bin Harithah, Abdullah Bin Rawahah, dan Jaafar Bin Abi Talib serta terdapat lagi maqam-maqam para sahabat dan para Nabi yang lain. Semoga Allah SWT meredhai, merahmati dan mengurniakan syurga buat mereka di akhirat nanti diatas penorbanan mereka demi Islam.
Akhir sekali, semoga bumi Jordan ini menjadi sebuah negara Islam yang digeruni oleh seluruh dunia serta mengharapakan rakyat-rakyatnya agar kembali mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Perjalanan jaulah ini membawa saya seribu manfaat dan pengajaran serta meluaskan pengalaman dalam kehidupanku sebagai seorang penuntut ilmu dan seorang hamba Allah. Semoga Allah redha.
Antara tempat-tempat yang sempat dilawati ketika Jaulah Jelajah Jordan.
-Gua Ashabul Kahfi
-Jerash
-Laut Mati
-Maqam Abu Ubaidah Aljarrah
-Maqam Shurahbil Bin Abdullah
-Maqam Amir Bin Abi Waqas
-Maqam Muaz Bin Jabal
-Maqam Nabi Syuaib
-Maqam Zaid Bin Harithah
-Maqam Jaafar Bin Abi Talib
-Maqam Dhirar Bin Azwar
-Petra
-Ummu Qais
-Wadi Rum
-Pantai Aqabah
Pada ruangan kali ini, saya hanya kongsikan gambar tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Jordan. Maklumat-maklumat berkaitan sejarah tempat-tempat tersebut, insyaAllah saya akan edit pada kemudian hari. InsyaAllah pada ruangan akan datang juga, saya akan kongsikan maqam-maqam para sahabat dan Nabi yang terdapat di Tanah Jordan ini. Selamat melihat gambar-gambar tersebut :)
1) Ajloun Castle
2)Jerash
3) Ummu Qais
4) Laut Mati
5) Petra
6) Wadi Rum
7) Citadel
No comments:
Post a Comment