PAUSE HERE

Monday, July 8, 2019

Musafir 14: Menunaikan Umrah


Apabila ditanya, tempat manakah yang paling seronok untuk dilawati? paling menggembirakan hati? paling tenang? Sudah tentu saya akan jawab; menziarahi Kota Makkah dan Madinah. Sebagaimana kita tahu, kedua-dua kota ini merupakan kota paling suci bagi umat Islam di samping Masjid al-Aqsa yang terletak di kota Baitul Maqdis. Di Makkah dan Madinah, terdapat sejarahnya tersendiri yang penting bagi umat Islam. Disinilah kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail, kisah pembinaan ka'bah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dan kisah yang paling dekat dengan hati kita iaitu kisah kehidupan junjungan besar yang dikasihi, baginda Rasulullah SAW. Apabila kita membaca kisah-kisah Rasulullah SAW di dalam kitab-kitab sirah mahupun membaca hadith-hadith baginda, pasti ia banyak mengaitkan ketika Rasulullah SAW melalui kehidupan bersama para sahabatnya di kota-kota ini dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kedua-dua kota suci kini terletak di negara Arab Saudi.


Alhamdulillah, sepanjang saya menuntut ilmu di Jordan, Allah telah memberi kesempatan dan peluang kepada saya dan juga sahabat-sahabat yang lain untuk pergi menunaikan umrah di Makkah dan menziarahi kota Madinah.Di  samping itu, kami juga melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar kota Makkah dan Kota Madinah. Sepanjang belajar, Alhamdulillah saya berkesempatan menunaikan umrah sebanyak 3 kali iaitu pada waktu musim sejuk bulan 1 tahun 2014, kemudian di bulan Ramadhan pada tahun 2016 dan juga tahun 2017. Saya mengambil peluang untuk pergi menunaikan umrah ini dari Jordan kerana kos yang sangat murah jika hendak dibandingkan datang dari Malaysia.


Sesungguhnya, tiada tempat yang saya ingin terus melawati dan meningkatkan amal kebaikan melainkan saya ingin pergi lagi ke Makkah dan Madinah pada masa akan datang. Saat pergi menunaikan umrah, saya merasai ketenangan dan kegembiraan. Apatah lagi melakukan amal ibadat di sana digandakan dengan banyak ganjaran disisi Allah. Berjuta-juta orang islam yang datang dari seluruh pelosok dunia yang datang menunaikan ibadah umrah  dan juga haji. Saya berharap dan berdoa, impian saya pada suatu hari nanti saya ingin membawa emak dan ayah saya pergi ke sini dan juga ingin pergi bersama isteri dan anak-anak saya  pada suatu hari nanti apabila saya sudah berkeluarga nanti, insyaAllah. Semoga Allah kabulkan permintaan dan doa saya ini dan juga doa kita semua yang berhajat untuk ke tempat ini. Amiin Ya Rabbal Alamin.

Berikut sedikit  gambar-gambar yang saya ingin kongsikan di dalam ruangan ini sepanjang 3 kali saya pergi menunaikan umrah bersama sahabat-sahabat sepengajian dari Jordan.
























No comments:

Post a Comment

Musafir 1: Kembara Ilmu Ke Jordan

Kembara ilmu saya ke Jordan bermula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) pada akhir tahun 2011.Kemudian, saya telah di...