" Kehidupan Yang
Baik "
Oleh
: Ustaz Anhar Opir
Tanpa
melihat latar belakang kerjaya atau bidang pendidikan, kehidupan seorang muslim
adalah sama sebagai seorang hamba Allah SWT. Kehidupan ini adalah kehidupan
biasa yang dilalui setiap hari. Kita mempunyai kewajipan seharian seperti solat
fardhu, kewajipan mingguan seperti solat jumaat, kewajipan tahunan tahunan
seperti puasa ramadhan, dan kewajipan seumur hidup iaitu ibadah haji.
Sebenarnya
dalam hidup seharian kita juga, ada beberapa tugas dan amalan yang perlu
kita lakukan. Jika kita dapat lakukan dengan sempurna maka kita semakin
meningkat ke arah yang lebih baik. Ia juga mampu meninggikan darjat dan
memperteguhkan iman dalam berhadapan dengan tipu daya syaitan. Diantara tugas
dan amalan tersebut ialah :
1) Istighfar
Setiap
insan tidak sunyi daripada kesalahan, maka wajib ke atasnya bertaubat kepada
Allah SWT. Bertaubat maksudnya kembali kepada Allah SWT daripada segala dosa
dan maksiat. Salah satu caranya ialah dengan beristighfar iaitu meminta
keampunan daripada Allah SWT. Imam Al-Nawawi (676 H) membahagikan dosa dan
maksiat kepada dua: iaitu maksiat kepada Allah dan maksiat sesama manusia. Hukum
bertaubat adalah wajib, katanya :
"
Taubat itu hukumnya wajib daripada setip maksiat yang dilakukan
(Imam Nawawi, Riyadhul Salihin )
Nabi
SAW yang ma'sum iaitu terpelihara daripada dosa pun masih tetap beristighfar
setiap hari sebanyak tujuh puluh kali. Dalam Nabi SAW, istighfar ini adalah
amalan hariannya yang tidak pernah tidak ditinggalkan, sama ada setiap kali
lepas solat atau selepas keluar daripada bilik air. Diriwayatkan daripada
Aisyah RAH bahawa Nabi SAW ketika keluar daripada bilik air akan menyebut ghufranak
(keampunanMU ya Allah). ( Riwayat al-Tirmizi )
Nabi
SAW juga mengajar kepada para sahabat agar sentiasa beristighfar dengan
sayyidul ( penghulu ) istighfar setiap pagi dan petang. Diriwayatkan daripada
Syaddad bin Aus RA bahawa Nabi SAW bersabda " Sayyidul Istighfar ialah
kamu menyebut :
اللم انت ربي لا اله اله الا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك
ووعدك ما استطعت أعوذبك من شر ما صنعت أبوءلك بنعمتك علي وأبوءلك بذنبي فاغفرلي
فاءنه لا يغفر الذنوب الا أنت
Ertinya:
“Barangsiapa yang menyebutnya pada waktu siang dengan keyakinan terhadapnya
lalu mati pada hari tersebut sebelum waktu petang maka dia wajib adalah
daripada ahli syurga. Dan sesiapa yang menyebutnya pada waktu malam dengan
yakin terhadapnya lalu mati sebelum waktu pagi, maka dia adalah daripada ahli
syurga” (Riwayat al-Bukhari)
Demikianlah
kita melihat amalan ibadah ini merupakan rutin harian Nabi Muhammad SAW dan
para sahabat RA maka sepatutnya menjadi amalan harian kita juga sebagai
muslim. Ia adalah gambaran iman yang sentiasa hidup dan subur yang boleh
mendekatkan diri kita kepada al-Khaliq Azza wajalla.
2)
Membaca al-Quran
Amalan
harian bagi seseorang muslim juga ialah membaca beberapa ayat al-Quran. Ia
boleh dianggap sebagai amalan asasi dan utama kerana al-Quran merupakan kitab
petunjuk dan dustur rabbani yang kekal dan tidak pernah berubah. Firman Allah
SWT dalam surah al-Muzammil ayat 20 bermaksud :
"
Sesungguhnya TuhanMu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau selama
kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu
pertiganya, dan segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak
menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan
dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu
sekali-kali tidak akan mendapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia
menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu.
Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran.
Disamping
itu, membaca al-Quran bakal mendapat ganjaran yang besar daripada Allah
Azza Wajalla. Inilah janji Allah SWT kepada pembaca al-Quran.Diriwayatkan
daripada Abdullah Bin Masu'd bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
"
Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu
kebaikan. Dan satu kebaikan bersamaan dengan sepuluh kali ganda yang sama
dengannya. Aku tidak meyebut Alim Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf,
Lam satu huruf , dan Mim satu huruf.
(Riwayat al-Tirmizi )
Membaca
al-Quran menunjukkan hatinya sentiasa hidup dengan cahaya ilahi. Jiwa insan
yang tidak membaca al-Quran adalah seperti rumah yang kosong dan binasa. Diriwayatkan
daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda :
"
Sesungguhnya orang yang rongganya tidak ada suatupun daripada al-Quran maka ia
seumpama rumah yang binasa. (Riwayat Imam al-Tirmidzi)
Mengingati
pesanan Dr Solah Abdul Fattah Al-Khalidi ketika memberikan kuliah kepada kami
mahasiswa/mahasiwi pada awal bulan mac beberapa minggu yang lalu, beliau
mengingatkan kami agar menjaga beberapa perkara berikut :
1)
Mencintai al-Quran dengan sebenarnya
2)
Membaca al-Quran setiap hari
3)
Memahami al-Quran berdasarkan tafsirnya
4)
Melaksanakan hukum hakam al-Quran
5)
Menyeru manusia kepada al-Quran
6)
Menghadapi musuh dengan al-Quran
3)
Bersedekah
Dalam
kehidupan harian juga, kita perlu bersedekah daripada harta yang kita ada. Bagi
yang menyangka bahawa bersedekah hanya ketika ada orang yang meminta sahaja,
maka ia satu kesilapan. Nabi SAW telah menunjukkan bahawa bersedekah adalah
amalan dan ibadah harian sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
" Bersedekah mampu menghilangkan sifat bakhil dan kedekut. Yang penting
lakukan dengan ikhlas bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riya'. Bersedekah dengan
ikhlas ini menjadikan kita beruntung pada hari akhirat nanti. Firman Allah SWT
dalam Surah ar-Ra'd ayat 22 yang bermaksud:
"
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka
semata-mata, dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang kami
kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, dan mereka
pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya disediakan
baginya balasan yang sebaik-baik pada hari kiamat".
Bahkan
kita dapati galakan bersedekah ini hingga sampai ke satu tahap tidak penting
apa yang kita sedekahkan. Apa yang penting ialah perbuatan bersedekah itu
sendiri. Sedikit atau banyak bukan persoalannya, biarpun apa yang kita berikan
langsung tidak menyebabkan penerimanya menjadi kaya, atau makanan yang kita
sedekahkan langsung tidak mengeyangkan, namun kita tetap ditunut untuk
bersedekah. Ini yang boleh kita faham daripada sebuah hadith yang diriwayatkan
oleh Ady bin Hatim bahawa Dia mendengar nabi SAW bersabda :
"Takutlah
kepada api neraka walau dengan hanya separuh biji tamar" (Riwayat al-Bukhari
)
Apalah
yang ada dengan separuh biji tamar ? terlalu sedikit atau kecil,langsung tidak
mengeyangkan. Bukan sahaja pada zaman sekarang, tetapi juga pada zaman Rasulullah
SAW, namun yang lebih utama ialah membudayakan amalan bersedekah dalam diri
kita setiap hari. Peruntukkan harta kita untuk disedekahkan kepada orang yang
memerlukan. Pastikan ia daripada yang paling elok, bukannya yang buruk dan
lusuh!
Oleh
itu, jadikanlah kehidupan seharian kita sebagai kehidupan seorang muslim yang
mengikut ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Kita
perlu menjadi muslim dua puluh empat jam bermula dari bangun pagi waktu subuh
sehinggalah bangun semula keesokannya, bukannya muslim sepuluh jam atau dua
belas jam sahaja. Barulah layak untuk mendapat kehidupan yang baik sebagaimana
yang disebut oleh Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97 yang bermaksud ;
"
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan
sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari
apa yang mereka kerjakan"
Kesimpulannya,
kita perlu mendapatkan kehidupan yang baik. Tetapi ia tidak secara percuma
melainkan setelah mencukupi syarat-syaratnya.
*Rujukan
artikel asal - Buku Muslim 24 Jam Keluaran Oleh Mentor Council, MPMMJ