PAUSE HERE

Friday, September 6, 2019

Musafir 11: Mengumpul Kad Weinak




Hasil pengumpulan kad weinak semenjak tahun satu, 2012 sehingga tahun lima, 2017. Setelah kira-kira, sebanyak 132 kad weinak telah digunakan.jadi totalnya ( 132 kad x 2JD = 264 JD ) bersamaan RM 1644.00. Allahu, banyaknya. Terima kasih kepada mentor SPB iaitu abang Faris Murtadha kerana kenalkan kad weinak kepada group kami ketika mula-mula kami sampai Jordan untuk menghubungi keluarga di Malaysia.

Dengan berharga 2JD bagi setiap kad dan 60 minit tempoh untuk berhubung, Alhamdulillah dapat juga menghubungi keluarga di Malaysia terutamanya untuk telefon emak dan ayah di kampung kerana ayah dan emak saya tiada facebook ,telegram dan alat-alat media sosial yang lain. Di samping itu, Alhamdulillah saya juga dapat  telefon adik-adik, kenalan-kenalan, emak angkat, guru-guru dan juga kenalan-kenalan lain- lain.

Langkah menggunakakan kad weinak untuk menghubungi nombor telefon luar jordan :

1) Tekan nombor " 0800 99 800 " dan dail.
2) Kemudian, tekan nombor 2.
3)  Masukkan nombor kod yang terteta pada kad weinak. Nombor kod ini membolehkan kita untuk telefon selama 60 minit.
4) Masukkan nombor telefon yang kita ingin hubungi. Jangan lupa, masukkan juga kod negara sebelum nombor telefon yang kita ingin hubungi.
5) Alhamdulillah, selesai.


No comments:

Post a Comment

Musafir 1: Kembara Ilmu Ke Jordan

Kembara ilmu saya ke Jordan bermula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) pada akhir tahun 2011.Kemudian, saya telah di...