Grey dan anak-anaknya |
Maka di sini, sebagai insan dan
hamba kepada Allah, kita mempunyai tanggungjawab untuk memelihara dan
memulihara hidupan-hidupan lain. Kita perlu mempunyai perasaan kasih sayang dan
belas ihsan kepada hidupan-hidupan lain. Kita tidak boleh bertindak
sewenang-wenangnya dan bertindak rakus kepada hidupan lain untuk kepentingan
diri kita sendiri. Dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita, maka
selayaknya kita perlu mempunyai belas kasih kepada hidupan lain kepada haiwan
dan tumbuha-tumbuhan. Maka ini adalah salah satu tanda kita ada perasaan
sebagai seorang manusia. Hatta haiwan yang dibenarkan unutk kita memakannya,
maka di dalam islam dianjurkan agar menyembelih dengan sebaik-balik sembelihan.
Alatan yang kita gunakan untuk sembelihan pula sebaiknya perlu diasaha dengan
tajam bagi memudahkan proses sembelihan dan tidak menyakiti haiwan yang
disembelih.
***
Alhamdulillah, antara kenangan ketika
menuntut ilmu di tanah Urdun, saya berpeluang memelihara kucing selama hampir
setahun tempohnya. Selain burung dan arnab, antara haiwan yang saya minati juga
ialah kucing. Ketika tahun 1 hingga awal tahun 4, saya tidak pernah membela
kucing. Saya mula membela kucing ketika pertengahan tahun 4 pengajian sehingga
saya bergraduasi pada pertengahan tahun 5 pengajian. Kebetulan ahli rumah saya
ketika itu mempunyai kucing dan dia akan bergraduasi, maka saya mengambil
alih tanggungjawab untuk membelanya.
Kucing yang saya pelihara bernama "
Grey". Sungguh, kucing ini sangat comel, baik, bulunya tebal, suka
bermanja dengan saya. Kebanyakan saya melihat kucing-kucing dekat Jordan banyak
yang comel-comel dan sihat-sihat. Saya sangat mencintai kucing Grey. Saya jaga
dia baik-baik dengan menjaga makanannya, minumannya, tempat dia membuang air
kecil dan air besar, kebersihannya.
Alhamdulillah, pada suatu hari
terdapat kucing betina yang bernama " Coco "ingin mencari bakal
pasangan untuk mengawan".Kucing " Coco " ini milik orang lain.
Saya mendapat makluman ini daripada hebahan di dalam facebook. Kebetulan ketika
itu, Grey juga mahu mengawan dengan kucing betina, maka saya telah menghantar
Grey ke rumah pemilik kucing Coco yang mahu mengawan tersebut selama beberapa
hari. Alhamdulillah, akhirnya kucing Coco bunting dan akhirnya dikurniakan 2
ekor anak kucing yang sangat comel dan sihat. Dua ekor anak kucing tersebut
bernama " White " yang merupakan kucing betina dan " Grey Junior
"pula adalah kucing jantan. Saya gembira dengan kelahiran dua anak kucing
tersebut.
Saya
juga berkesempatan untuk menjaga dan membawa dua ekor anak kucing tersebut ke
rumah saya. Saya menjaga mereka selama beberapa minggu. Sungguh seronok menjaga
anak-anak kucing sebenarnya bagi yang mencintai kucing.
Kini
saya telah bergraduasi, kucing Grey telah saya berikan kepada pemilik kucing
Coco untuk dijaga bagi meneruskan kehidupan grey di Jordan ini. Begitu juga dua
ekor anak kucing iaitu " White" dan " Grey Junior" juga
telah dijaga pemilik kucing Coco. Semoga kucing Grey, White, Grey Junior, dan
Coco sentiasa sihat dan gembira menjalani kehidupan di Jordan ini. :)
Berikut
saya ingin kongsikan gambar-gambar mereka sepanjang saya menjaga mereka.
White dan Grey Junior |
Seronok diorang panjat |
No comments:
Post a Comment