عن ابن عمر : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ
رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي
أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ
عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ
عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ
رَعِيَّتِهِ
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawaban
atas yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin yang akan diminta pertanggungjawaban
atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban
atas keluarganya. Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga
suaminya, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas urusan rumah tangga
tersebut. Seorang pembantu adalah pemimpin dalam urusan harta tuannya, dan akan
dimintai pertanggung jawaban atas urusan tanggung jawabnya tersebut.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Saya mulakan tulisan dalam warkah
ini dengan sebuah hadith di atas berkenaan tanggungjawab seorang pemimpin dan
juga menjadi asas kepada saya untuk melatih diri dengan sifat kepimpinan
dalam diri.
Kali ini saya ingin menceritakan
penglibatan saya dalam persatuan di Jordan sebagai kenangan apabila sudah
mempunyai isteri, anak-anak dan keluarga nanti pada masa akan datang. Antara
kenangan manis ketika menuntut ilmu di Jordan yang saya tidak boleh saya
lupakan juga ialah keterlibatan saya di dalam berpersatuan. Dengan
berpersatuan, banyak manfaat dan kebaikan yang saya perolehi. Saya teringat
ketika di sekolah dahulu, saya adalah seorang pemalu, tidak pandai bercakap di
hadapan orang ramai, tidak berkeyakinan dan lain-lain lagi kekurangan yang
menyelubungi diri ini. Alhamdulillah, tibanya di bumi Jordan untuk menuntut
ilmu di samping berpersatuan, saya dapat buang sedikit perasaan malu tersebut
dan berkeyakinan untuk bercakap di hadapan orang. Meskipun saya akui, masih ada
kekurangan dan perlu kepada pembaikian dari semasa ke semasa. Ayah saya juga
berpesan kepada saya " buat kebaikan jangan malu, tetapi perlu mempunyai
sifat malu apabila membuat keburukan". Saya pegang kata-kata ayah tersebut
sehingga kini.
KEPELBAGAIAN PERSATUAN DI JORDAN
Di Jordan, terdapat banyak
persatuan. Daripada sekecil-kecil organisasi sehinggalah sebesar-sebesar
organisasi. Bermula dengan "Majlis Perwakilan Mahasiswa Jordan (MPMMJ)
" sebagai persatuan induk diikuti dengan " Persatuan Zon" yang
terdiri daripada PERMAI,PRISMA,PPMA,&PERMATA. Kemudian terdapat juga "
Badan Kebajikan Anak Negeri yang dikenali sebagai BKAN yang terdiri daripada 14
buah BKAN dan diikuti pula kelab-kelab di bawah persatuan MPMMJ. Dibawah
persatuan zon, terdapat pula JKK yang merangkumi pelbagai tugasan demi kebaikan
ahli-ahli persatuan tersebut. Tidaklah wujudnya persatuan-persatuan ini
melainkan mempunyai objektif dan matlamatnya tesendiri demi kemaslahatan dan
kebaikan ahli-ahli persatuan.
KITA DAN KEPIMPINAN
Di dalam Islam, aspek
kepimpinan adalah sangat luas dan diberi perhatian sehingga Rasulullah
SAW menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang
kecil. Sepertimana sabda Baginda SAW: "Apabila tiga orang keluar
bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai
ketua". Terdapat pelbagai istilah yang dikaitkan dengan kepimpinan dalam islam
seperti "khilafah, imamah, qiyadah, za'mah, ria'yah, ria'sah, siadah
".(1)
kepimpinan dari perspektif
Islam bukan sahaja terhad kepada golongan pemimpin-pemimpin tertingga
negara, tetapi juga apa yang perlu kita fahami bahawa setiap daripada kita
adalah pemimpin. Jika kita tidak mampu memimpin masyarakat atau sesebuah
organisasi yang sangat besar, kita perlu sedari bahawa kita bertanggungjawab
memimpin diri kita sendiri. Antaranya dengan memimpin diri kita
melaksanakan segala perintah yang Allah SWT dan meninggalkan setiap
perkara yang dilarang olehNYA. Kemudian hierarki kepimpinan meningkat tahap
demi tahap-bermula daripada diri kita sendiri, seterusnya keluarga, seterusnya masyarakat
sehinggalah negara. Dalam semua peringkat kepimpinan ini, pemimpin
bertanggungjawab penuh terhadap pengikut-pengikut atau orang yang dipimpinnya.
Lebih tinggi kedudukan kepimpinan seseorang, lebih tinggilah amanah yang mesti
dipikul olehnya.(2)
CABARAN MELAKSANAKAN
TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN
Kepimpinan mengikut perspektif Islam
bukanlah satu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu direbut-rebut
kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah SAW pernah mengingatkan
Abu Dzar al-Ghifari yang memohon diberi suatu jawatan mentadbir wilayah Islam. Baginda
bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya kepimpinan itu adalah atu amanah.
Pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan kecuali bagi mereka yang
menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah
dipertanggunjawab."(3)
Amanah menunaikan tanggungjawab
bukan sahaja terhenti kepada menyempurnakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
kepada pengikut-pengikut, tetapi yang lebih penting dilihat oleh Islam ialah
menyempurnakan amanah kepada Allah SWT. Ibnu Taimiyyah menekankan bahawa
kriteria penting dalam melantik seorang pemimpin mengetuai sesuatu jawatan
ialah memastikan mereka mempunyai dua sifat penting iaitu " quwwah "(
keupayaan mentadbir dan mengurus ) dan amanah. Pemimpin yang sentiasa menjaga
amanah kepimpinannya akan memiliki rasa tanggunjawab yang tinggi dan seterusnya
mendorong dia mengambil berat apa yang benar-benar berlaku kepada pengikutnya.
Sebagai contoh, Saidina Umar RA
digambarkan sering memeriksa kehidupan rakyatnya. Adakalanya di waktu malam
untuk mendapatkan informasi yang benar dan direct tanpa bergantung kepada laporan
pegawainya semata-mata. Dengan informasi demikian, beliau dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan secepat mungkin.(4)
Berbalik kepada berpersatuan di
dalam persatuan, terdapat banyak kelebihan apabila kita terlibat dalam
persatuan terutama ketika dalam tempoh kita sedang belajar di universiti.
Dengan berpersatuan, kita dapat
berkenalan antara satu sama lain dan kita akan mempunyai ramai kawan yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang. Kita juga dapat mengasah kemahiran yang
terdapat pada diri kita di samping dapat bertukar idea sesama kawan-kawan
ketika di dalam mesyuarat. pada masa yang sama,kita juga dapat belajar banyak
benda yang kita tidak dapat ilmu tersebut di bilik-bilik kuliah.sebaliknya kita
akan dapat ilmu tersebut melalui pengalaman kita berpersatuan.
Berpersatuan bukan menjadi alasan
kepada kita untuk tidak focus menuntut
ilmu semata-mata, tetapi berpersatuan juga merupakan satu nilai tambah dalam
diri kita. Berpersatuan bukanlah lesen dan penyebab kita untuk gagal dalam
pelajaran, tetapi dengan berpersatuan, kita perlu mengurus masa kehidupan kita
dengan bijaksana. Setiap masa dalam kehidupan, kita perlu susun dengan
sebaiknya dan bertindak mengikut prioriti dan keutamaan. Kita tidak akan
membiarkan masa kosong dan lapang kita dengan perkara-perkara yang tiada
manfaat apabila kita sibuk dengan komitmen dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan kepada kita. Setiap masa adalah berharga bagi kita.
Saya juga melihat ramai
kawan-kawan sekeliling saya yang terlibat dalam persatuan. Mereka
mempunya rekod yang baik dalam pelajaran. Ada yang mempunyai muaddal "
mumtaz" dalam akademik. Satu contoh dan qudwah yang sangat baik yang boleh
kita ambil untuk dijadikan semangat dan pencetus motivasi dalam kehidupan kita.Satu
aspek yang saya kagumi dengan kawan-kawan yang terlibat dengan persatuan di
Jordan ialah " kerelaan dan pengorbanan". Berpersatuan bukan untuk
mencari nama dan kemasyhuran,tetapi berpersatuan menuntut kepada
pengorbanan, kerelaan dan keikhlasan hati dalam menyumbang. Bukan semua orang
ingin terlibat dalam gerak kerja berpersatuan,tetapi saya kagum dengan
kawan-kawan yang menyumbang dalam apa-apa gerak kerja dalam berpersatuan
dengan rela hati dan keikhlasan. Mereka berkhidmat dalam berpersatuan
tanpa gaji dan upah. Sebaliknya mereka yang perlu berkorban masa, tenaga serta
wang ringgit apabila terlibat dengan persatuan.
Mereka ingin menyumbang dan
berkhidmat kepada komuniti demi kebaikan dan faedah yang diperolehi bersama
ahli-ahli. Saya melihat kawan-kawan saya terlibat dengan pelbagai gerak kerja
dalam persatuan dan pelbagai program. Dari sekecil-kecil jawatan sehinggalah ke
peringkat tertinggi jawatan yang terdapat dalam perstuan. Semoga Allah
mengurniakan mereka sebaik-baik ganjaran dan menerima segala amalan kebaikan
yang mereka lakukan. Yakinlah, setiap pengorbanan kita akan diganti oleh Allah SWT
dengan ganjaran yang lebih baik sutu ketika nanti.
SAYA DAN PERSATUAN
Permulaan saya terlibat di dalam
berpersatuan ketika di tahun satu pengajian. Ketika itu, saya ingat lagi saya
menjadi ajk kepada ajk senior bagi JKK Perumahan dan Penempatan Permai. Apabila
ada ahli-ahli Permai yang ingin pindah rumah, saya turut terlibat sekali. Ketika
itu kebanyakannya rumah yang kami tolong pindahkan ialah rumah akhowat. Seterusnya
saya terlibat dalam persatuan sehinggalah pada tahun 4 pengajian. Antara amanah
yang saya pegang ada yang berbentuk sesi dan ada juga yang berbentuk program. Saya
banyak belajar daripada berpersatuan ini. Antaranya matlamat yang saya letak
ketika berpersatuan juga ialah sebagai wasilah untuk memperbaki diri, menambah
ilmu dan pengalaman serta untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping
melatih sifat kepimpinan.
Banyak kenangan manis dan pahit
apabila terlibat di dalam persatuan di Jordan ini. Berikut saya ingin kongsikan
gambar-gambar saya bersama kawan-kawan di dalam satu team gerak kerja
berpersatuan ketika menuntut ilmu di Jordan ini. Semoga semangat untuk
menyumbang ini bukan terhenti di sini sahaja, sebaliknya dapat menyumbang di
Malaysia pula nanti. InsyaAllah.Kesempatan ini,saya ingin ucapkan terima kasih
kepada semua kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja yang telah berkerja bersama
saya di dalam apa-apa organisasi persatuan ini. Terima kasih di atas peluang
yang diberikan. Saya ingin memohon maaf salah atas segala kesilapan dan
kekurangan daripada insan kerdil ini. Semoga Allah terima amal kebaikan kita
semua.amin.
Akhirnya, saya berharap setiap
daripada kita semua dapat sama-sama saling bantu membantu sesama ahli-ahli
komuniti kita serta bersatu dibawah persatuan yang ada meskipun kita
berada dibawah payung yang berbeza dan latar belakang yang pelbagai. Semoga
Allah rahmati kesatuan yang kita bina di bumi syam ini.
Antara amanah-amanah lain yang saya terlibat
juga ialah :
1) Ajk Biro Ekonomi Bkapj bagi mantiqah irbid
2) Naqib Pintar sesi 2014/2015
3) Ajk Persegaran program GOAL Tahun 2013
4) Ajk TTK & Teknikal Program Konvokesyen
Nuqaba Tahun 2016
*Rujukan no 1,2,3,4 : Kepimpinan
Islam : Konsep dan Amalannya oleh Nurhelmi bin Haji Ikhsan
No comments:
Post a Comment