PAUSE HERE

Saturday, November 9, 2019

Musafir 7: Guru-Guru Dan Para Murabbi Di Universiti Yarmouk

    Alhamdullillah, selesai sudah imtihan awal pada hari isnin lepas  (13/3/2017) bagi semester terakhir ini. Pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsi tentang nama-nama guru dan para murabbi yang telah mengajar saya dan juga rakan-rakan yang lain bagi subjek-subjek yang saya telah pelajari di Universiti Yarmouk sebagai pelajar bagi takhasus Fiqh wa Usuluh. Saya bukanlah pelajar yang rapat dengan guru-guru yang telah mengajar saya berbanding rakan-rakan saya yang lain yang jauh lebih baik. Saya juga bukanlah pelajar yang pandai dan bijak, namun catatan ini sebagai mengingati jasa para guru yang telah banyak menyampaikan ilmu kepada kami.

 Pada masa yang sama, di dalam hati ini tetap saya ada keinginan untuk rapat dengan para guru dan murabbi yang telah mengajar saya dan rakan-rakan yang lain, mengambil ilmu daripada mereka, mengambil mutiara berupa nasihat-nasihat, dan mengambil akhlak dan qudwah yang baik daripada mereka untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Saya sayang kepada semua para guru dan para murabbi di Universiti Yarmouk yang telah mengajar saya dan rakan-rakan yang lain.

Kepada semua para guru dan para murabbi yang telah mengajar saya bagi subjek-subjek yang saya pelajari, kepada mereka saya doakan semoga para guru dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan, diluaskan rezeki, diampunkan atas segala dosa dan diterima amalan, dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat. Kepada para guru yang telah mengajar saya dan juga rakan-rakan yang lain, saya doakan dengan lafaz doa ;

" اللهم استر عيب شيخي , ولا تذهب بركة علمه مني "


Ertinya : " Ya Allah! Tutupilah keabaikan guruku daripadaku, dan janganlah Engkau menghapuskan keberkatan ilmunya daripadaku "

Dalam kita menuntut ilmu, aspek adab bersama guru tidak boleh dipisahkan. Ia hendaklah dihayati dan diamalkan oleh semua para insan yang bergelar penuntut ilmu. Para ulama zaman dahulu sangat mementingkan adab-adab di dalam menuntut ilmu. Antaranya keutamaan mereka menjaga adab dan berakhlak mulia dengan guru. Dikisahkan seorang tabiin bernama 'Ikrimah yang cuba mencari nama lelaki yang menjadi sebab bagi ayat ini ( Surah an-Nisa' 4 :100 ) diwahyukan. Beliau menjelaskan bahawa beliau mengambil masa 14 tahun untuk bertanya. Mungkin hal ini disebabkan oleh penghormatan yang tinggi kepada gurunya, Ibnu Abbas Rahiallahuanhuma. Begitu juga kisah Imam Syafie Rahimahullah yang menunjukkan adab yang mulia dengan para gurunya. Antaranya ialah beliau berguru dengan Imam Malik. Apabila berada di hadapan Imam Malik, beliau membuka lembaran muka surat dengan amat cermat dan perlahan kerana hormat pada gurunya, Imam Malik.

Dikisahkan bahawa Abdullah Ibnu al-Mubarak berkata bahawa beliau menuntut ilmu adab selama 30 tahun dan menuntut ilmu selama 20 tahun. Begitulah sedikit kisah para ulama zaman silam yang mempunyai adab yang hebat berserta ilmu yang mantap yang boleh kita jadikan mereka sebagai qudwah dalam kehidupan kita sebagai penuntut ilmu. Antara adab-adab lain terhadap guru juga ialah mendoakan kebaikan guru, bersabar dengan karenah guru, memanggil guru dengan panggilan yang baik seperti dengan lafaz ustaz, tuan guru, tuan syeikh, dan sebagainya.

Di sini saya akan kongsikan nama-nama guru berserta subjek-subjek silibus yang mereka ajari  saya bersama rakan-rakan yang lain sebagai pelajar di dalam takhasus Fiqh wa Usuluh di Universiti Yarmouk. Umumnya, saya bukanlah pelajar yang pandai dan bijak. Tetapi saya mengharapkan dan berdoa moga-moga saya dan juga kawan-kawan yang lain dapat merasai keberkatan ilmu yang kita perolehi daripada para guru yang telah mengajar kita. Pada catatan kali ini, saya ingin kongsikan guru-guru yang  telah saya catat nama-nama mereka bagi setiap subjek yang saya belajar. Saya akan catat nama-nama mereka selepas tamat setiap semester supaya dapat mengingati dengan baik. Dalam catatan ini juga, saya sertakan juga subjek-subjek yang telah saya tahsin sebanyak 3 subjek sepanjang saya belajar di sini. Subjek-subjek yang saya tahsin tersebut bukan kerana mendapat markah di bawah 50, tetapi mendapat markah yang tidak banyak yang memerlukan kepada tahsin bagi menjaga muaddal tarakumi.

Pada bahagian akhir catatan ini, Saya  ingin kongsikan gambar saya bersama beberapa orang guru yang telah mengajar saya. Gambar ini saya sempat ambil dengan mereka ketika perjumpaan dengan mereka di hari-hari terakhir saya di Jordan.

Berikut ialah nama-nama guru dan para murabbi yang telah mengajar saya dan rakan-rakan yang lain berdasarkan subjek yang saya ambil bermula daripada semester satu, tahun 1 ( 2012 ) sehingga semester akhir, tahun 5 ( 2017 ). Mudah-mudahan Allah merahmati para guru yang telah menyampaikan ilmu kepada kita semua.

SEMESTER 1, TAHUN 1 ( 2012/ 2013 )

*GURU-GURU DI MARKAZ LUGHAH 

- Muhadathah & Qawaed ( Dr Saleem )
- Qiraah & Kitabah ( Dr Samah )
-Istima' ( Dr Haneen )

*GURU DI KULIAH

- Ulum Al-Quran ( Dr Mansour )

SEMESTER 2, TAHUN 1 ( 2013 )

- English Istidraki ( Dr Sumayyah Nasawanah )
- Feqh Ibadat 1 ( Dr Randah al-Umari )
- Madkhal Ila Tasyri' al-Islami ( Dr Abdullah Soleh )
- Madkhal Ila Aqidah ( Dr Ala' Hilat )

SEMESTER SOIFI, TAHUN 1 ( 2013 )

- Madkhal Ila Sunnah An-nabawiyyah Wa Ulumuha (Dr Saeed Bawaenah)
- Lughatul Arabiah Istidraki ( Dr Ahlam )
- Tarbiah Wataniah ( Dr Abdullah )

SEMESTER 1, TAHUN 2 ( 2013/2014 )

- Feqh Aiman Wa Nuzur ( Dr Ibrahim Jawarneh )
- Feqh Ibadat 2 ( Dr Sofiyyah Syara')
- Sirah An-Nabawiyyah Wa A'mal Khulafa Ar-rayidin ( Dr Abdullah Sawalmah )
- Aqad Zawaj ( Dr Zakaria Qudhah )
- Kemahiran Bahasa Inggeris ( Dr Barwin )

SEMESTER 2, TAHUN 2 ( 2014 )

- Maharat Hayatiyah ( Dr Alawneh )
- Furuq Zawaj ( Dr Zakaria Qudhah )
- Madkhal Dakwah Wal I'lam Islami ( Dr Khaulah Jarrah )
- Usul Feqh 1 ( Dr Sofiyyah Syara' )
- Feqh Qadha' Wa Turuqu Isbat ( Dr Fakhri )
- Ahkam Tareekat Wal Mawaris ( Dr Yusof Syarifin )

SEMESTER SOIFI, TAHUN 2 ( 2014 )

- Tidak ambil pada semester ini kerana pulang ke Malaysia

SEMESTER 1, TAHUN 3, ( 2014/2015 )

- Usul Feqh 2 ( Dr Sofiyyah Syara' )
- Feqh Muamalat 1 ( Dr Solah Syara' )
- Feqh Jihad ( Dr Usamah )
- Bahasa Sepanyol ( Dr Khumis )
- Liyaqah Badaniah ( Dr Akif )

SEMESTER 2, TAHUN 3 ( 2015 )

- Feqh Muqaran ( Dr Ibrahim Jawarneh )
- Adyan Wa Firaq ( Dr Samirah Tohir )
- Feqh Muamalat 2 ( Dr Amush )
- Muamalat Iqtisadiyyah Muasarah ( Dr Adnan Rababa'ah )
- Madkhal Ila Sunnah ( Dr Najah )

SEMESTER SOIFI, TAHUN 3 ( 2015 )

- Tidak ambil pada semester ini kerana pulang ke Malaysia

SEMESTER 1, TAHUN 4 ( 2015/2016 )

- Feqh Uqubat ( Dr Sameerah Umari )
- Usul Feqh 3 ( Dr Abdul Jalil Dhomrah )
-Tilawah wal Hafaz 1 ( Syeikh Housam )
-Qawaed Lughawiyyah ( Dr Usamah )
- Ulum Askari ( Dr Qaseem )

SEMESTER 2, TAHUN 4 ( 2016 )

- Tilawah wal Hafaz 2 ( Syeikh Housam )
- Bahasa Arab 101 ( Dr Fakhri Kinanah )
- Nizom Hukum Fil Idarah Islam ( Dr Usamah )
- Asalib Bahas ( Dr Jabir )
- Tafsir Ayat Ahkam ( Dr Mansour )
- Kimia Wa Mujtama' ( Dr Ibrahim Mahidat )

SEMESTER SOIFI, TAHUN 4 ( 2016 )

- Qawaed Feqhiyyah ( Dr Firas )
- Maharat Hasub 101 ( Dr Lina )
- Asasiyat Fi Riayat Tifil ( Dr Ali Jawarneh )

SEMESTER 1 TAHUN 5 ( 2016/2017 )

- Dirasah Nasiah ( Dr Abdul Mahdi al-Ajluni )
- Asalib Tadris ( Dr Nadhir )
- Qadhaya wa Fatawa Feqhiyyah Muasarah ( Dr Hayyil Daud )
- Masadir Elektroniyyah ( Dr Randah )
- Madkhal Sunnah ( Dr Zuhair )
- Adyan Wa Firaq ( Dr Raeed Bani Abdul Rahman )

SEMESETER 2, TAHUN 5 ( 2017 )

- Takhrij Hadith ( Dr Khalid Syurman )
- Tilawah wal Hafaz 3 ( Syeikh Abdul Ilah )
- Maharat Hasub Istidraki ( Dr Ahmad )

Alhamdulillah, berakhir sudah untuk catatan bersama para guru dan murabbi ini. Marilah kita sama-sama mendoakan kebaikan buat para guru yang telah mengajar kita semenjak kita bersekolah tadika sehinggalah kita menuntut ilmu di peringkat pengajian tinggi ini. Jangan lupa jasa guru dan sentiasalah menghormati mereka dan ilmu yang mreka miliki. Moga-moga kehidupan kita memperoleh kejayaan dan keberkatan di dunia dan juga di akhirat. Ameen.

InsyaAllah, pada perkongsian akan datang saya akan kongsikan guru-guru daripada kelas luar univerisiti iaitu kelas talaqqi. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Musafir 1: Kembara Ilmu Ke Jordan

Kembara ilmu saya ke Jordan bermula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) pada akhir tahun 2011.Kemudian, saya telah di...