" Merantaulah,
Orang
berilmu dan beradab tidak diam beristirehat di kampung halaman,
Tinggalkan
negerimu dan hidup asing (negeri orang).
Merantaulah,
Kau
akan dapatkan pengganti dari orang-orang yang engkau tinggalkan (kerabat dan
kawan),
Berlelah-lelahlah,
manisnya hidup terasa setelah berjuang.
Aku
melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan,
Jika
mengalir menjadi jernih, jika tidak akan berkeruh menggenang.
Singa
jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa,
Anak
panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.
Jika
matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam,
Tentu
manusia bosan padanya dan enggan memandang.
Biji
emas tidak ada bezanya dengan tanah biasa di tempatnya (sebelum ditambang),
Jika
biji emas memisahkan diri (dari tanah) barulah ia dihargai sebagai emas murni.
Kayu
gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan,
Jika
gaharu itu keluar dari hutan,berubah mahal seperti emas. "
Petikan
sebahagian syair oleh Imam Syafie untuk kita sama-sama renungi.
~~~
Alhamdulillah,
Allah kabulkan hajat di hati saya untuk menyambung pelajaran di luar negara
khsususnya di negara Timur Tengah. Saya teringat ketika saya berada di
tingkatan 3 ketika bersekolah di Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Ketika
itu saya ditanya oleh Kru Astro Oasis dalam penggambaran rancangan "
Madrasah Salasilah " tentang tempat yang saya ingin menyambung pelajaran
selepas ini. Lalu saya memberitahu bahawa saya ingin menyambung pelajaran ke
negara Timur Tengah samada negara Mesir, Jordan, atau Arab Saudi.
Selepas
mendapat keputusan peperiksaan SPM, saya memilih untuk menyambung
pelajaran ke Jordan selepas mendapat galakan daripada pihak sekolah. Lalu,
perjalanan diatur disamping bertindak seiring dengan usaha agar cita-cita untuk
menuntut ilmu di luar negara dapat realisasikan.
Alhamdulillah,
kini saya berada di tanah syam ini khususnya saya dapat menuntut ilmu dan
menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di Universiti Yarmouk bersama
sahabat-sahabat di sini. Perasaan gembira di hati tidak mampu diungkapkan
kerana dapat menyambung belajar di sini serta dapat menggembirakan ibu bapa
saya, guru-guru, pihak sekolah dan masyarakat-masyarakat khususnya orang-orang
kampung saya. Hanya kalimah syukur mampu dilahirkan dan dipanjatkan kepada
Allah SWT kerana Dia telah mengurniakan nikmat untuk menuntut ilmu di
luar negara.
Dalam
penulisan kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tempat saya dan
sahabat-sahabat saya menuntut ilmu di sini iaitu Universiti Yarmouk.
Kebayakannya saya ingin berkongsi gambar-gambar yang saya sempat ambil ketika
hari sabtu yang merupakan cuti mingguan di Jordan. Walaupun saya percaya
kawan-kawan sudah sentiasa melihat suasana di Universiti Yarmouk. Namun, saya
berfikir suatu hari nanti tempat ini pasti saya dan kawan-kawan akan rindui
selepas kita tamat belajar di sini. Oleh itu, saya menulis ini sebagai kenangan
untuk hari-hari mendatang. Biarlah jasad tiada di sini selepas tamat belajar
disini, tetapi saya harap hati tetap akan merindui tempat belajar ini. Rindu
kepada para doktor, suasana kehidupaannya, masyarakatnya. Sungguh, menuntut
ilmu di luar negara adalah satu peluang hanya datang sekali seumur hidup. Jadi
peluang ini saya perlu digunakan dengan sebaik-baiknya dengan mencipta banyak
kenangan di sini seterusnya dapat memberi manfaat kepada diri ini dan juga
kepada kawan-kawan. InsyaAllah.
KENALI
UNIVERSITI YARMOUK
Universiti Yarmouk telah
ditubuhkan pada Jun 1976 oleh DiRaja Decree, dan ia terletak di bahagian utara
Jordan iaitu sebuah kawasan yang memiliki kadar populasi yang tinggi dan ianya
terletak di tengah-tengah pertemuan jalan yang menghubungkan Jordan, Syria,
Turki dan Eropah malah meluas hingga ke selatan Aqabah.sebanyak 17 kuliah
pengajian yang terdapat di Universiti Yarmouk ini. Di bawah setiap kuliah
pula terdapat pelbagai bidang pengajian/takhasus yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar
dari negara Jordan sendiri serta pelajar-pelajar antarabangsa.
Antara kuliah-kuliah yang
terdapat di sini ialah Kuliah Seni, Kuliah Sains, Kuliah Ekonomi & Sains
Pentadbiran, Kuliah Adab, Kuliah Syariah & Pengajian Islam, Kuliah
Pendidikan, Kuliah Fizik, Kuliah Tekonologi Maklumat & Sains
Komputer, Kuliah Arkeologi & Atropologi, Kuliah Pelancongan &
Pengurusan Hotel, Kuliah Komunikasi Massa, Kuliah Farmasi, Kuliah Perubatan,
Pusat Bahasa, dan lain-lain lagi.
Di sini juga menawarkan pelbagai peringkat
pelajaran. Antaranya peringkat belajar di Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana
(Master) dan juga sehingga peringkat PHD. Kemudahan -kemudahan juga turut
disediakan seperti masjid, perpustakaan, kedai makan, markaz sihhi, padang
bola, bangunan urusan pelajar-pelajar, pejabat pendaftaran dan sebagainya.
Masjid Jami'ah yang dikenali sebagai Masjid Nuh al-Qudhah |
Perpustakaan Universiti Yarmouk |
Logo Buku di hadapan Perpustakaan |
Syuun Tholabah-Pejabat untuk urusan para pelajar seperti urusan kad pelajar, urusan konvokesyen dan lain-lain |
Kedai yang terdapat di depan pejabat Syuun Tholabah |
Antara cafe yang terdapat di dalam Universiti Yarmouk. Di sini antara tempat tumpuan para pelajar untuk membeli makanan dan minuman ketika waktu rehat |
Bangunan kuliah antara kuliah pula kebanyakannya
dipisahkan oleh jalan-jalan utama universiti dan ladang pohon zaitun.
Pemandangan dalam Universiti Yarmouk juga adalah cantik bagi saya
terutamanya ketika waktu cuti mingguan dan ketiadaan pelajar-pelajar. Pada
waktu itu adalah peluang terbaik untuk melawat dan melihat keindahan
tempat belajar ini.
Logo Universiti Yarmouk |
Laluan yang menghubungkan Kuliah ke Kuliah |
Ladang Zaitun |
Bnagunan baru yang mengandungi dewan kuliah |
KULIAH SYARIAH & PENGAJIAN
ISLAM
Di sini tempat kami menimba ilmu iaitu Kuliah
Syariah & Pengajian Islam. Ia menjadi tumpuan oleh pelajar-pelajar Malaysia
dan juga pelajar-pelajar dari Asia Tenggara yang menyambung pelajaran di Jordan
ini. Di sini, majoriti para pelajar mengambil bidang pengajian Ekonomi dan
Perbankan Islam, Feqh Wa Usuluh, Usuluddin, serta Dirasat Islamiyah. Di kuliah
ini, kami belajar mengikut bidang pengajian masing-masing. Manakala suasana
belajar di kuliah syariah pula berbeza daripada kuliah-kuliah yang lain yang
terdapat di universiti ini. Ketika di dalam kelas, para pelajar lelaki perlu
berada di barisan hadapan manakala para pelajar wanita perlu berada di
belakang. Di sini terdiri daripada ramai doktor yang hebat dan pakar. Tidak
lupa juga, di sini terdapat peluang bagi kami untuk berjumpa dan bermuamalah
bersama sahabat-sahabat daripada negara-negara yang lain seperti
pelajar-pelajar Palestin, Ghana, Arab Saudi, Yaman, dan sebagainya.
Ruang dalam kelas di Kuliah Syariah |
KULIAH ADAB
Kuliah
yang menjadi tempat tumpuan kedua oleh para pelajar Malaysia selepas Kuliah
Syariah & Pengajian Islam. Dibawah Kuliah Adab terdapat juga pelbagai
takhasus/bidang pengajian. Di sini para pelajar Malaysia kebanyakannya
mengambil bidang pengajian " اللغة العربية وادابها".
Kuliah Adab dan Lughah |
REBUT PELUANG SEBELUM TERLAMBAT
Ya,
masa muda adalah peluang terbaik untuk kita merebut peluang yang ada di hadapan
kita terutamanya peluang untuk menuntut ilmu dan menambah bekalan amalan untuk
persiapan hari akhirat. Kesedaran perlu sentiasa dipupuk di dalam diri kita
disamping mempunyai motivasi untuk terus semangat menuntut ilmu. Melihat kepada
peluang menuntut ilmu di Jordan ini, terdapat pelbagai kelas-kelas pengajian di
dalam universiti mahupun di luar universiti di samping terdapat pelbagai
doktor-doktor universiti yang pakar dan hebat dalam bidang masing-masing. Di
sini juga terdapat ramai para alim ulama untuk kita mengambil peluang
menuntut ilmu bersama mereka.
Pada
masa yang sama, kita juga digalakkan untuk menimba ilmu berkaitan softskill dan
kemahiran yang dapat menambah kualiti diri kita. Antaranya terlibat di dalam
persatuan dan program, bergaul dengan masyarakat dan belajar menyelesaikan
masalah yang semuanya saya fikir ia adalah salah satu proses belajar untuk
menghilangkan kejahilan di dalam diri kita. Saya doakan semoga saya dan kita
semua diberi kekuatan, semangat, hidayah dan petunjuk oleh Allah untuk kita
terus menuntut ilmu sementara kita masih berada di Tanah Syam ini. Semoga Allah
permudahkan urusan kita semua.Ameen.
Majlis Konvokesyen pada bulan 7 tahun 2017 |
No comments:
Post a Comment