Kembara ilmu saya ke Jordan
bermula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun 2011.Kemudian, saya telah ditawarkan untuk
mengajar di tempat saya belajar dahulu iaitu di Darul Fuqaha,Sg Merab
Bangi.Saya ditawarkan mengajar untuk murid-murid sekolah rendah dan nama
sekolah yang saya mengajar ialah Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha
(SRIPT). Sambil menunggu keputusan SPM,saya berfikir elok juga untuk saya
mengisi masa dengan bekerja iaitu mengajar disamping menambah ilmu dan
pengalaman untuk menjadi cikgu.Di sekolah tersebut, tempat tinggal dan makanan
disediakan oleh pihak sekolah.Di sana juga saya ditugaskan menjadi warden
bersama rakan-rakan sekerja saya untuk murid-murid sekolah rendah yang tinggal
di asrama. Ketika itu,baru saya dapat rasai sedikit pengalaman dan pengorbanan
menjadi seorang guru.Berdepan dengan pelbagai karenah murid-murid sekolah
rendah,memantau kehidupan mereka di asrama,dan mengajar mendidik jiwa saya agar
sentiasa bersifat sabar.
BULAN 3
Umumnya di Malaysia, bulan 3 adalah bulan makluman keputusan bagi
peperiksaan SPM. Bulan ini dinanti-nantikan oleh bagi para pelajar untuk
mengetahui keputusan peperiksaan SPM mereka. Ini termasuklah saya dan
rakan-rakan. Saat keputusan SPM telah keluar dan ketika itu, guru subjek sains
saya iaitu cikgu Ainur telah mengambil slip keputusan peperiksaan SPM kami di
Sekolah Kiblah,Sepang. Ketika waktu tengahari, saya dan beberapa orang kawan
yang sama-sama mengajar di SRIPT telah dipanggil untuk hadir ke pejabat bagi
mengambil keputusan SPM 2011. Saat itu, hati saya berdebar-debar dalam
perjalanan menuju ke pejabat. Sampai sahaja saya dan rakan-rakan di pejabat
sekolah, kami masuk dan duduk di ruang tamu pejabat. Ketika itu, ada beberapa
orang cikgu berada di sekeliling kami. Lalu cikgu memberikan kami slip
keputusan SPM. Ketika itu, hati saya terus berdebar kerana tidak tahu apakah
nasib keputusan SPM saya yang saya akan perolehi nanti.
|
Saat
cikgu menyampaikan slip keputusan SPM kepada saya, saya tatap slip tersebut
dengan teliti dan melihat keputusan satu persatu bagi setiap subjek. Saya kira
banyak juga tulisan A di kertas slip keputusan SPM disamping terdapat
keputusan lain. Hati saya gembira. Alhamdulillah, pada waktu yang sama, tiba
-tiba semua cikgu ucapkan " Tahniah Nizar " kepada saya. Saya
rasa terharu atas ucapan yang diberikan oleh cikgu-cikgu saya.
Alhamdulillah,saya rasa sangat gembira dengan keputusan tersebut walaupun
target saya ingin mendapat 10 A. Saya gembira kerana sekurang-sekurangnya saya
dapat membalas jasa baik sekolah dan pengorbanan para guru dengan
keputusan tersebut disamping memberi contoh teladan kepada junior-junior di
sekolah saya. Ia juga merupakan sejarah dan rekod pertama bagi sekolah saya
terhadap keputusan SPM tersebut. Saya juga kongsikan berita gembira ini kepada
emak dan ayah saya di kampung dan juga kepada emak saya.
Saya bekerja di SRIPT sehingga bulan 7 tahun 2012. Sepanjang tempoh tersebut, saya telah isi borang UPU untuk kemasukan IPTA/IPTS. Saya juga telah mengisi borang kemasukan Maktab Perguruan dan saya juga telah mengisi borang kemasukan ke Darul al-Quran. Borang kemasukan ke universiti di luar negara iaitu ke Jordan juga telah saya isi. Bagi kemasukan universiti ke Jordan, saya memohon secara pesendirian. Banyak dokumen yang diperlukan seperti urusan terjemahan sijil keputusan SPM dan surat beranak, pasport, medical check-up, bayaran untuk pengurusan kepada EMJ, gambar dan lain-lain, telah saya uruskan dengan sendiri kebanyakannya.
Sambil menunggu keputusan SPM, Alhamduillah saya menerima keputusan untuk kemasukan ke IPTA. Saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di UNISZA. Pada mulanya saya ingin masuk ke UNISZA tersebut, tetapi atas nasihat oleh murabbi kami iaitu Ustaz Khairuddin At-takiri (pengerusi Darul Fuqaha ),beliau meyakinkan saya tentang kemasukan universiti-universiti ke Jordan. Lalu saya tidak masuk ke UNISZA tersebut. Pada waktu hari pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar, saya juga tidak hadir. Tawaran kedua saya pula ialah saya dipanggil untuk hadir temuduga untuk kemasukan Darul Alquran Jakim di Masjid negara. Teringin juga saya ingin belajar di Darul Quran.Namun, pada hari temuduga tersebut,saya juga tidak hadir dan membiarkan temuduga tersebut berlalu bergitu sahaja kerana ketika itu saya mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
HARI RAYA AIDIL FITRI
Pada tahun 2012 juga, saya ditawarkan untuk menjadi imam
tarawih sepanjang bulan ramadhan di Kuala Kangsar. Jadi tugasan saya menjadi
guru sekolah rendah di SRIPT hanya 7 bulan sahaja daripada bulan 1 sehingga
bulan 7. Bulan 8 saya menjadi imam tarawih sehinggalah selesai tamat menjadi
imam tarawih, saya pulang ke kampung halaman saya di Ijok,Perak dan meraikan
hari raya aidil fitri di kampung. Selang beberapa hari selepas hari raya
pertama, sebuah motosikal yang dibawa oleh seorang posmen telah datang ke rumah
saya untuk menghantar surat .Saya mengambil surat tersebut daripada posmen
tersebut. Surat tersebut tertera nama saya dan ia daripada
Kementerian Pengajian Tinggi. Alangkah gembiranya hati saya ketika itu,
surat tersebut mengandungi keputusan melanjutkan pelajaran ke Tanah Syam iaitu
di Jordan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, keputusan saya diterima. Pada ketika
itu, saya sangat gembira.dan tidak lupa,saya juga melakukan sujud syukur atas
kurniaan Allah atas tawaran saya dapat melanjutkan pelajaran ke Jordan.
Saya kongsikan berita ini kepada keluarga saya dan juga rakan-rakan di facebook. Ketika tetamu-tetamu datang ke rumah saya saat suasana hari raya aidilfitri, saya juga kongsikan berita ini termasuklah juga adik beradik sebelah ayah dan emak saya. Mereka sangat gembira dan juga memberi nasihat kepada saya.
Selepas menerima keputusan tersebut, persiapan ke Jordan telah saya mulakan dan lakukan. Barang-barang kelengkapan diri, pakaian, beg, laptop, dokumen-dokumen penting telah saya beli. Pada waktu yang sama, ramai kenalan-kenalan terdiri daripada kawan-kawan ayah yang menghulurkan duit termasuk juga ahli-ahli qaryah saya. Mereka gembira dengan peluang saya belajar di luar negara. Ketika itu, saya juga merupakan insan pertama daripada kampung dapat melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Keberangkatan saya ke Jordan merupakan tanggungjawab yang besar dalam menuntut ilmu. Saya juga fikir dan bercita-cita ,kepulangan saya nanti daripada menuntut ilmu di Jordan perlu saya sumbangkan ilmu kepada masyarakat khususnya kepada ahli-ahli kampung saya di samping merubah nasib kehidupan keluarga saya.
Kemudian, tiba hari persekolahan selepas hari raya aidil
fitri, saya pulang ke sekolah buat sementara waktu untuk menyelesaikan beberapa
urusan. Antaranya urusan tiket flight ke Jordan. Pada waktu ini, saya
mempersiapkan keperluan barang-barang yang berbaki yang masih belum dibeli.
Pada waktu ini juga guru saya iaitu ustaz Azlan membawa saya ke Kuala Lumpur
untuk membeli komputer riba bagi kegunaan belajar. Setelah beberapa hari saya
tinggal di sekolah, saya pulang semula ke kampung halaman sebelum saya bertolak
ke Jordan.
BERTOLAK KE JORDAN
Tiba
saat menghampiri keberangkatan saya ke Jordan, saya bertolak ke sekolah lama
saya (Darul Fuqaha) dengan menaiki bas dari Taiping - Kajang. Saya tinggal di
sekolah selama 2/3 hari sebelum bertolak ke Jordan. Sepanjang tempoh tersebut,
saya telah berjumpa dengan guru-guru yang telah mengajar saya. Saya juga
diminta untuk meberi taujihat dan nasihat kepada adik-adik junior saya di Darul
Fuqaha. Hari rabu malam khamis pada 5/9, saya berjumpa dengan adik-adik junior
saya dan memberikan mereka taujihat serta bergambar bersama mereka buat kali
terakhir. Esoknya saya akan bertolak ke Jordan untuk meneruskan perjuangan
menuntut ilmu.
Pada 6/9 bersamaan hari khamis, saya telah bertolak ke Jordan daripada sekolah. Sebelum itu, ayah dan kawan ayah saya serta beberapa orang adik saya turut sama kali dalam menghantar saya ke Jordan di KLIA. Mereka telah sampai ke sekolah saya sehari sebelum saya bertolak dan mereka telah tidur di surau sekolah saya. Keberangkatan saya ke Jordan diraikan oleh adik-adik junior Darul Fuqaha, guru-guru, staff-staff dan anak-anak murid saya di sekolah. Mereka semua berkumpul di bangunan SRIPT. Turut hadir ke sekolah pada ketika itu ialah emak angkat saya. Selepas salam dan berpelukan dengan adik-adik junior sekolah saya,saya pun bertolak menuju ke KLIA bersama ayah, kawan ayah, dua orang adik saya dan emak angkat saya.
KLIA
Saya bertolak ke
Jordan melalui group Ustazah Tasnim yang juga sedang mengambil PHD di
Universiti Yarmouk, Jordan. Dalam group untuk ke Jordan tersebut turut disertai
ramai pelajar lain yang juga menyambung pengajian di Jordan terdiri daripada
pelajar syabab dan akhowat. Tiba di KLIA juga iaitu ust khairuddin yang
mesra dipanggil Abi dan juga Umi. Turut bersama mengiringi saya ialah
kawan-kawan sepengajian saya dan juga maklang yang tinggal di Putrajaya serta
kehadiran cikgu-cikgu saya. Ketika itu berbagai perasaan hadir dalam
diri saya. Gembira, berdebar-debar, malu, terharu dan lain-lain. Gembira
sebab dapat sambung belajar di Jordan. Terharu dengan kehadiran orang-orang
terdekat saya yang meraikan dan mengiringi saya untuk belajar ke Jordan. Di
KLIA, urusan check in, tukar duit berjalan dengan baik.
Sebelum bertolak,
saya dan pelajar-pelajar lain diberi taklimat oleh suami ustazah Tasnim tentang
perjalanan ke Jordan. Selepas itu, kami diberi masa dalam 1 jam lebih untuk
bersama keluarga masing-masing. Masa yang berbaki itu saya manfaatkan dengan
makan bersama insan-insan yang mengiringi saya di KLIA. Setelah selesai makan,
tibalah saat saya akan bertolak dan kami diminta untuk berkumpul di hadapan
imegrisen. Saat itu,saya bersalaman dan berpelukan dengan ayah saya,
kawan ayah saya, abi, kawan-kawan dan ustaz-ustaz saya yang hadir di KLIA. Saya
juga berjumpa cikgu-cikgu perempuan saya,emak angkat saya dan maklang. Saya
mohon maaf maaf kepada semua yang hadir. Setelah selesai, saya terus bergerak
ke arah imegrisen untuk pemeriksan pasport sebelum bertolak menaiki flight.
Dalam perjalanan menuju tempat untuk menaiki
flight, saya telah menghubungi emak saya yang berada di kampung kerana tidak
dapat hadir bagi menjaga adik-adik saya yang berada di rumah. Saya memohon maaf
kepada emak dan memohon emak untuk doakan saya agar selamat dalam perjalanan.
Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar. Saya telah bertolak ke
Jordan pada jam 12 lebih tengah hari dengan menaiki flight Oman Air. Di situ
juga saya dipertemukan saudara Azizul Raheem yang turut sama belajar di Jordan dan
sama-sama menaiki flight bersama saya. Alhamdulillah, secara
keseluruhannya semua urusan saya dipermudahkan dan berjalan dengan baik.
Kesempatan ini,saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ayah, emak, emak angkat saya, Abi, Umi, Poklang, Ustaz Zulkarnain, Ayah Haji,
Maklang, Cikgu Ainur, Cikgu Whaheeda, Ikram, Firdaus, Amir, adik-adik saya yang
telah menghantar saya ke airpot KLIA. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada seluruh warga pendidk Darul Fuqaha yang telah
mengajar dan mendidik saya. Semoga jasa baik dan kebaikan setiap insan yang
hadir dalam hidup saya, saya doakan semoga dibalas dengan sebaik-baik ganjaran
di sisi Allah SWT.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang telah membantu saya ketika dalam persiapan ke Jordan. Terima kasih kepada kawan-kawan ayah, adik beradik sebelah emak dan ayah,ahli-ahli qaryah Kg Sg Simpul, rakan-rakan dan pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Saya doakkan semoga Allah SWT membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran di sisiNYA.
Saya berazam,saya ingin menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Moga-moga dengan kejayaan saya, saya dapat sumbangkan kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara kelak. InsyaAllah.
Maka bermulalah perjuangan ilmu saya di tanah syam
iaitu Jordan selama 4 tahun lebih. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya di
sana nanti.Bismillah...
Ahlan Wasahlan
Urdun !
|